4 Tips Asas Elak Ditipu Memborong di China

Salah satu cara untuk buat untung besar menjual produk di Shopee ialah dengan mendapatkan produk harga murah dan berkualiti dari China. Ramai usahawan dari industri kecil dan sederhana sering ke China untuk mendapatkan bekalan dan stok harga murah.

Mereka borong dengan harga murah di China dan jual di Malaysia, samada secara offline di pasar-pasar malam, di ekspo atau booth di pasaraya besar; atau jual secara online yang lebih jimat kos dan beri untung lebih besar.

4 Tips Untuk Elak Kena Tipu Semasa Borong Barang di China

Tips Untuk Elak Kena Tipu Semasa Borong Barang di China
Pun begitu, walaupun mudah dan senang nak cari produk best dari China, ada juga yang tiada ilmu sering terperangkap dan kena tipu ketika memborong barang di China.

Bila dah kena tipu, untung besar yang diharapkan .. terus jadi hanya angan-angan sahaja.
Untuk itu, kami nak kongsikan 4 tips untuk elak anda ditipu ketika memborong barang di China.

Antaranya adalah :

1. Kenal Pemborong Secara Personal

4 tips untuk elak anda ditipu ketika memborong barang di China
Adalah lebih selamat sekiranya anda berjumpa sendiri dan kenal pemborong secara lebih dekat. Sentiasalah berbuat baik dan berbual dengan mereka kerana kebanyakan pemborong China gemar sekiranya pembeli bersikap baik dan murah hati. 

Kemudian, jangan lupa untuk dapatkan kad bisnes, nombor telefon dan ID WeChat mereka. Ini sangat penting kalau anda betul nak buat untung besar berniaga produk dari China. Malah, ia akan berikan anda 1000 kelebihan berbanding orang lain.

Kenapa?

Buat pengetahuan anda, WeChat ini bukanlah sekadar aplikasi untuk mesej dan berseronok semata-mata. Di China, aplikasi ini lebih penting daripada Facebook serta Whatsapp.

Menerusi WeChat lah anda boleh menyemak status pemilik kedai, kualiti produk, review pengguna serta pelbagai lagi maklumat penting yang boleh menyelamatkan anda daripada ditipu.

2. Simpan Semua Resit

Resit merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan anda pernah berurusan dengan pemborong tersebut. Anda boleh gunakan resit tersebut sebagai bahan bukti untuk membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang kes penipuan.

Anda juga perlu pastikan yang resit yang diberikan oleh pemborong mempunyai nama kedai atau kilang yang sama dengan tempat anda berjual beli. Selain nama kedai, resit yang sah juga sepatutnya mempunyai maklumat mengenai penjual, alamat, nombor telefon dan ID WeChat mereka.

3. Perlu Bayar 30% Deposit

Apabila deposit telah dibayar, pemborong akan kerap menelefon dan berbalas mesej dengan anda. Ini membuktikan mereka sedang memproses tempahan anda, serta mahukan pembayaran yang selebihnya. Anda perlu bayar sedikit deposit, sekurang-kurangnya 30% agar pemborong membuat kerja dengan lebih pantas.

Tapi, cuba untuk elakkan dari bayar sepenuhnya selagi barang belum 100% sampai kepada anda.

Terdapat kes di mana pembeli telah membayar secara penuh kepada pemborong di China, dan kehilangan resit, akibatnya tempahannya tidak dilayan. Barang tak dapat, duit pun habis. Nak buat report pun tak ada bukti .. ... naya diri sendiri.

4. Wang Palsu

Tips Elak Ditipu Memborong di China
Penipuan wang palsu ini merupakan isu yang serius. Hampir semua pemborong di China mempunyai mesin untuk mengesan wang palsu. Meskipun begitu, anda perlu berikan perhatian penuh semasa proses pertukaran wang. Perhatikan juga kelakuan pemborong sewaktu proses ini. Jangan lupa kira semula baki dan periksa sendiri wang tersebut untuk elakkan daripada mendapat wang palsu.

4 perkara ini antara yang penting dan perlu anda ambil perhatian kalau pergi ke China untuk mendapatkan produk untuk dijual.

Kalau rasa nak lagi jimat, dan paling best tidak perlu lagi untuk ke China bagi memborong barang untuk dijual, boleh buat cara online. Ada dua laman web China yang boleh membantu anda untuk beli dan dapatkan produk untuk dijual dari China, iaitu Taobao dan 1688.


Dua laman web ini ada pelbagai jenis produk yang boleh anda beli dari China, dan kemudiannya anda jual di Malaysia, atau secara online di Shopee, Lazada atau 11Street.

[Boleh Baca] Video Cara Beli Barang Online dari China Menerusi TaoBao

Selamat mencuba dan moga tips di atas membantu.

0 komen: