5 Sebab Untuk Anda Mula Jual Beli di Shopee

Berniaga atau jual beli di Shopee. Shopee merupakan di antara platform online shopping yang terbaik dan menerima kunjungan daripada ramai pengguna setiap hari. Transaksi yang berlaku setiap hari juga sangat tinggi. Popularitinya semakin meningkat saban hari.

Cuba tanya kawan-kawan atau ahli keluarga anda mengenai Shopee, paling kurang pun mesti pernah dengar mengenai Shopee.

Mana taknya ... ingat lagi jualan 11.11 pada tahun 2018?

Shopee Jadi Pilihan Untuk Peniaga Jual Produk Secara Online

Kenapa pilih Shopee untuk jual barang

Sana sini iklan Shopee ni muncul. Malah, anak-anak kecil juga terpengaruh secara tidak sengaja. Begitu hebat teknik marketing Shopee ini sehingga ada anak-anak yang dah pandai browse produk di aplikasi Shopee dalam smartphone.

Iklan promosi di media sosial juga terlalu banyak, ditambah pula dengan penajaan berskala besar oleh Shopee seperti penajaan Liga Malaysia. Ini sekaligus menjadikan lebih ramai orang mula mengenali Shopee sebagai platform online shopping yang utama di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ianya turut mempopularkan Hannah Hashim, model cantik dalam iklan Shopee Malaysia.

5 Sebab Untuk Berniaga & Jual Beli di Shopee

Zaman sekarang ni terlalu ramai yang memilih untuk membeli-belah secara online. Sebab tu kalau anda perhatikan di media sosial, anda jual apapun, in Sha Allah mesti akan ada orang yang berminat.

Tapi, Shopee ni lain sikit. Ia tak sama dengan platform online shopping yang lain. Anda nak tahu sebab kenapa ia satu tempat atau platform jual beli yang best sehingga membuatkan ramai memilih Shopee untuk berjual-beli?

1. Harga Sangat Murah dan Berpatutan

Ini adalah faktor paling penting dan utama mengapa Shopee menjadi pilihan pertama ramai orang untuk berjual-beli. Kalau anda cari barang yang sama di platform lain, anda akan lihat perbezaan harga yang sangat tinggi sehingga anda akan secara automatik terus beli di Shopee tanpa berfikir panjang.

Disebabkan ini, transaksi jual-beli di Shopee melonjak sangat ketara sebaik ia diperkenalkan. Malah, ia telah menarik minat orang lain, terutama di kalangan usahawan untuk berniaga dan menjual produk mereka menerusi Shopee.

Harga memang sangat murah dan berpatutan.

2. Ramai Penjual di Shopee Tawarkan Penghantaran Percuma

Biasanya kos untuk penghantaran atau shipping barang ini yang membuatkan ramai pengguna tak jadi untuk meneruskan pembelian. Tapi, tidak di Shopee. Ini adalah kerana terdapat ramai penjual yang menawarkan kos penghantaran percuma atau free shipping.

Kalau pun ada dikenakan caj untuk penghantaran, masih ramai yang suka membeli di Shopee disebabkan kos penghantaran adalah sangat-sangat murah!

3. Risiko Kena Tipu 'Scammer' Adalah Zero Percent

Jika di platform lain, anda pastinya pernah dengar mengenai kes di mana untuk membeli satu-satu barang dan COD (cash on delivery) anda perlu untuk bayar terlebih dahulu untuk lock barang, caj untuk COD dan sebagainya. Biasanya harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk memancing minat pembeli. Apa lagi, anda pun terus bank-in dan akhirnya barang entah kemana dan duit anda pun lesap.

Di Shopee, ada satu sistem yang akan memastikan anda selamat daripada scammer. Tengok point nombor 4.

4. Duit Selamat Menerusi Sistem Shopee

Penjual tidak akan menerima bayaran sehingga anda menerima barang yang anda pesan. Ini memang ciri utama dalam sistem pembayaran Shopee yang menarik minat orang untuk beli-belah di Shopee. Ia menjadikan duit yang kita bayar selamat.

Sistem Shopee sangat berbeza dengan platform lain di mana jika anda melakukan pembayaran, Shopee akan hold dulu duit tersebut di dalam sistem. Duit hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja anda mengesahkan penerimaan barang anda.

Jika tiada penerimaan barang, anda boleh dapatkan balik duit anda. Dan bagi penjual, mereka tak boleh nak senang-senang menipu anda. Anda boleh sahaja reject barang kalau sampai, dan pulangkan kembali. :)

5. Proses Refund and Return

Jika di platform lain, sangat sukar untuk anda dapatkan semula refund jika barang yang diterima tidak berada di dalam kondisi seperti yang sepatutnya. Tetapi tidak di Shopee!

Jika anda memenuhi terma dan syarat, proses ini akan dilakukan dengan sangat mudah dan pantas.

Begitu juga untuk penjual. Biasanya pembeli akan claim barang rosak dan sebagainya tetapi apabila anda meminta mereka untuk memulangkan barang, mereka tak nak buat. Selaku penjual, anda pastinya bimbang jika pembeli menipu anda dan sebagainya.

Jadi, proses “refund and return” merupakan satu situasi yang win-win buat pembeli dan juga penjual.

Banyak lagi sebab utama yang membuatkan ramai orang berjual beli di Shopee. Jika anda berjaya untuk kenalpasti dan menggunakan sebab-sebab tersebut sebaiknya, anda bukan sahaja mampu untuk menjual apa sahaja di Shoppe.

Anda juga mempunyai potensi untuk menjana sehingga RM1000 sehari dengan menjual di Shopee!!

Syaratnya mudah sahaja. Anda perlukan ilmu dan mentor yang betul. Nak dapatkan personal coaching mungkin anda perlu laburkan sehingga ribuan ringgit. Tapi, ada satu lagi cara untuk anda dapatkan ilmu dan mentor yang tepat pada kadar yang sangat-sangat berpatutan iaitu menerusi Rahsia Shopee.

Dalam panduan tersebut, anda akan dimasukkan ke dalam group support yang akan membimbing anda sepanjang “journey” anda selaku seorang seller di Shopee. Anda juga akan diberikan akses kepada video tutorial untuk memudahkan lagi proses pembelajaran anda. So, better dapatkan akses kepada panduan ini sekarang juga!

0 komen: