Artikel Terkini

Belajar Cara Menjual di Shopee - Hasilkan Jualan 4 Angka Setiap Bulan

Jom belajar cara menjual dengan betul di Shopee. Tahukah anda, ramai yang gagal membuat jualan di Shopee kerana kurangnya ilmu dan panduan untuk melakukannya. Walaupun di dalam Shopee itu sendiri ada Seller Center yang boleh membantu peniaga di Shopee untuk meningkatkan jualan, ramai yang gagal nak praktikkannya. Masalah utama ialah pemahaman bagaimana nak melakukannya.

Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya menerusi Shopee yang mahu bantu usahawan Malaysia terutama yang baru nak belajar cara menjual di Shopee. Tak susah pun nak setup kedai jual barang di Shopee ni, yang jadi halangan ialah cara nak mempromosikan kedai Shopee dan memastikan ada pelanggan yang akan beli produk yang kita jual.

Belajar Cara Nak Menjual di Shopee Menerusi Video

Rahsia buat jualan 4 angka di shopee

Ada satu panduan dalam bentuk video tutorial yang boleh bantu usahawan Malaysia untuk menjual barang di Shopee. Malah, ia panduan tersebut akan tunjukkan bagaimana nak jual barang di Shopee menerusi konsep dropship yang tidak memerlukan modal besar.

Teknik Dropship di Shopee

Ya, memang ada cara dan teknik untuk menjual cara dropship di Shopee ni. Kalau ikut tatacara yang ditunjukkan dalam panduan tersebut, anda boleh mula berniaga menjual produk orang lain tanpa kos, tanpa memerlukan modal yang besar.

Sistem dropship berniaga di Shopee seperti ditunjukkan di bawah ini.
Dropship di Shopee

Panduan dalam bentuk video ini adalah antara panduan berniaga di Shopee paling lengkap. Apatah lagi ia berdasarkan pengalaman sebenar seller Shopee. Bukan seller biasa-biasa, tetapi yang telah berjaya menghasilkan jualan 4-5 angka dengan mudah di Shopee.

Jika anda mencari guru untuk bantu, maka join team ini, dan dapatkan panduan dalam bentuk video yang telah disediakan untuk bantu anda berniaga di Shopee.

Panduan Dalam Bentuk Video Tunjukkan Cara Betul Berniaga di Shopee

Jangan fikir anda tahu semua perkara dalam Shopee tu, terutama andai anda baru sahaja buka kedai di platform online ini. Elok belajar dan dapatkan panduan.

Untuk akses ke panduan ini, boleh klik pautan di bawah untuk info lanjut:

[+] https://zyanonlinemarketing.onpay.my/order/form/rajadropshimain/tawaransulit

Gunakan kesempatan dan peluang ini. Anda mungkin tak dapat mana-mana panduan dalam bentuk video yang akan tunjukkan cara nak berniaga di Shopee ni. Kalau ada pun, ianya bukan dari Seller Malaysia, dan bukan dalam Bahasa Malaysia.

Jom belajar dan sama-sama buat duit di Shopee!


Tempat Menarik di Guangzhou, Bukan Sekadar Lokasi Borong Murah

Guangzhou memang terkenal sebagai lokasi untuk memborong pelbagai produk untuk dijual. Ia menjadi lokasi ramai penjual, usahawan termasuklah pemborong dari Malaysia untuk mendapatkan produk terlaris dan viral. Ia merupakan lubuk borong di China.

Selain menjadi lubuk peniaga mendapatkan pelbagai produk untuk dijual samada secara offline mahupun online, Guangzhou juga mempunyai beberapa destinasi menarik untuk dilawati.

Lokasi dan Tempat Menarik di Guangzhou, China

Lokasi dan Tempat Menarik di Guangzhou, China
Kami kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Guangzhou ini sebagai rujukan dan panduan anda, andai anda ambil keputusan untuk terbang ke China. Jadi, anda ke Guangzhou bukan sekadar mendapatkan barang borong harga murah, tetapi juga menjadi destinasi untuk bercuti.

Canton Tower

Canton Tower
Canton Tower adalah bangunan ke 4 tertinggi di dunia, sekaligus merupakan struktur “freestanding” tertinggi di China. Ia juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower.

Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan ia juga merupakan menara television yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk restoran, taman luar berserta kafe, dan tempat untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou.

Tempat meninjaunya agak unik kerana ia merupakan 'kereta rel' berbentuk bulatan yang memusing di puncak Canton Tower ini. Ia pasti akan memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Canton Tower
Jika anda ingin ke sini, ianya tak sukar. Anda boleh pergi ke Canton Tower dengan menaiki keretapi. Anda boleh berhenti terus di stesen Canton Tower dan ambil pintu keluar A jika anda menggunakan keretapi Guangzhou Metro.

Guangzhou Railway Metro Station

Stesen keretapi bawah tanah Guangzhou
Di Guangzhou, anda boleh gunakan perkhidmatan keretapi bawah tanah Guangzhou Metro. Ia lebih jimat dan sangat mudah digunakan.

Katakan anda dari lapangan terbang Baiyun, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi terus ke pusat bandar Guangzhou Railway Metro Station. Dengan mengambil keretapi bawah tanah, anda akan dapat lebih penjimatan berbanding mengambil teksi.

[Baca] Borong Barang di China Jual di Shopee

Yang lebih menariknya, di bawah setiap jalan raya atau komplek membeli-belah di Guangzhou terdapat laluan landasan keretapi ini. Ia dibina melebihi 3 - 4 tingkat dibawah tanah pada setiap laluan.

Makam Saad Bin Abi Waqqas



Makam Saad Bin Abi Waqqas juga merupakan salah satu tarikan yang popular di Guangzhou terutama di kalangan pelancong beragama Islam.

Yang istimewanya ialah lokasi makam Saad Bin Abi Waqqas ini terletak di tengah-tengah bandar besar Guangdong di Guangzhou, China. Lebih tepat, lokasi makam bersejarah ini terletak di Masjid Tua China yang juga dikenali sebagai Masjid Saad Abi Waqqas.
Makan Saad Abi Waqqas

Untuk info, Saad Abi Waqqas merupakan bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Wujudnya makam ini di Guangzhou merupakan bukti kuat serta diyakini bahawa agama Islam telah lama bertapak di negara China. Ia juga membuktikan bahawa Saad Abi Waqqas adalah yang bertanggungjawab  menyebarkan agama Islam di China suatu ketika dahulu.

Kedai Makanan Halal

Muslim tidak perlu risau kerana banyak kedai makanan halal di daerah ini. Kebiasaanya kedai makanan halal berwarna hijau. Anda hanya perlu perhatikan papan tanda halal yang ada di kedai-kedai makan yang ada di Guangzhou ini.

[Baca] 4 Tips Asas Elak Kena Tipu Pemborong di China

Kebiasaannya terdapat logo halal di setiap papan tanda bagi kedai makan yang halal. Makanan Turki, Arab, Pakistan dan Cina mudah di dapati di Guangzhou. Contoh makanan seperti kebab, Lanzhou beef noodles, rice roll dan sebagainya adalah antara makanan halal yang terdapat di Guangzhou.

Kami harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya buat anda yang bercadang untuk ke sana. Selain mencari barang borong untuk dijual, anda boleh menikmati keindahan Guangzhou dan melawat tempat bersejarah yang ada di sana.

Pantang Larang Menjual Shopee - Senarai Produk Tidak Boleh Dijual

Secara amnya, memang mudah nak menjual barang di Shopee ni. Tetapi, dalam sebalik mudah dan senangnya nak jual produk di platform Shopee, seperti mana platform berniaga online yang lain, ia juga ada beberapa pantang-larangnya sendiri.

Di Shopee, ada pantang-larang yang sebaik-baiknya jangan dilanggar. Andai nak berniaga lama di Shopee, kena patuhi peraturan yang dimaktubkan. Pantang larang atau peraturan sebegini sangat penting untuk memastikan platform ini dapat terus berjalan dan berfungsi dengan baik serta tidak melanggar sebarang akta.

Pantang-Larang Menjual Produk di Shopee

Setiap platform mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Ini adalah untuk mengelakkan samada penjual mahupun pembeli melanggar undang-undang. Bukan semua barang boleh dijual sewenang-wenangnya di Shopee.

Terdapat beberapa larangan untuk menjual produk di Shopee. Antaranya ..

Polisi Barang Terlarang

Memang di Shopee anda boleh jual apa sahaja. Tetapi, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh jual disini contohnya seperti dadah terlarang, senjata dan sebagainya. Ia juga bergantung dengan negara pembeli. Jadi, elok jual produk yang elok-elok dan jauh daripada larangan.

Jika difikirkan logik akal sekalipun, memang tidak patut sekiranya anda terfikir dan menjual barang-barang yang bakal dinyatakan di bawah ini.
Tapi, lebih baik sekiranya anda baca, hadam dan faham kesemuanya yang terdapat didalam polisi ini. 

1. Pelanggaran Terma dan Syarat Polisi Barang Terlarang

Bagi setiap pelanggaran polisi, anda berkemungkinan besar dikenakan tindakan berikut:
  1. Segala listing anda akan di”delete”
  2. Anda akan disekat beberapa hak atau “features” untuk akaun anda
  3. Akaun anda akan digantung atau ditamatkan
  4. Tindakan undang-undang

2. Senarai Barang Terlarang

  1. Produk berasaskan haiwan dan hidupan liar
  2. Artifak dan barang antik
  3. Wang dan cop palsu
  4. Kad kredit dan debit
  5. Sebarang jenis wang termasuklah wang digital
  6. Dadah dan ubat-ubatan
  7. Peralatan komunikasi yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan peralatan elektronik yang sama seperti TV descrambler, pengesan radar, pengawal signal trafik, alat pengesan panggilan dan alat perakam panggilan
  8. Barang yang disekat
  9. Senjata api dan senjata seperti semburan serbuk lada, replika, “stun gun” dan lain-lain
  10. Makanan terlarang
    • Untuk keselamatan pengguna, penjual tidak dibenarkan untuk menjual sebarang makanan atau berkaitan dengan makanan seperti berikut:
      1. Makanan yang mendakwa mampu untuk menyembuhkan dengan cara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kajian kesihatan dan sains
      2. Beracun atau berisiko untuk memberikan keracunan
      3. Produk tenusu yang tidak dibasmi kuman
      4. Cendawan liar
      5. Makanan yang berisiko untuk membahayakan kesihatan
  11. Barang-barang yang berkaitan dengan kerajaan atau polis seperti pakaian seragam dan juga lencana 
  12. Anggota badan dan organ manusia 
  13. Alatan untuk “lock-pick” 
  14. Tiket loteri 
  15. Racun serangga 
  16. Mesin slot 
  17. Saham 
  18. Tembakau atau yang berkaitan dengan tembakau
  19. Bahan-bahan cetak, buku, filem, video dan permainan video yang tidak mematuhi undang-undang percetakan dan penerbitan 
  20. Barang curi 
  21. Barang yang tidak dilabel dengan betul 

Banyak sebenarnya barang-barang yang dilarang di Shopee. Sebelum anda menjual, sangatlah digalakkan untuk anda melihat dahulu senarai ini supaya anda tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada pihak Shopee mahupun pihak berkuasa.

Kalau anda tahu apa yang tak boleh dijual tapi tak tahu apa yang terbaik untuk dijual, anda tak akan mampu untuk menjana pendapatan sebanyak mungkin dengan Shopee.

Jadi, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan panduan berkaitan berniaga dan menjual di Shopee ini.


Dengan Rahsia Shopee:
  • Anda tak akan terlanggar sebarang peraturan
  • Anda tidak akan meletakkan diri anda dalam masalah
  • Anda akan memaksimumkan potensi anda untuk berjaya
  • Anda akan kurang membuat kesilapan
  • Anda berpeluang untuk mendapat bimbingan daripada pakar dan banyak lagi

[+] KLIK SINI untuk Mendapatkan Panduan Rahsia Shopee ini

Penting untuk anda dapatkan panduan dan bimbingan yang betul jika anda benar-benar mahu berjaya.

Bisnes Dropship di Shopee

Jadi, better anda dapatkan panduan ini sekarang juga! Lagipun ianya dalam bentuk video yang jelas tunjukan step-by-step untuk anda mulakan dan jana income lumayan di Shopee secara betul tanpa menjual barang terlarang.

Kelebihan Berniaga di Shopee Berbanding Platform Lain

Syok berniaga di Shopee ni berbanding platform lain. Zaman sekarang ni, hampir semua orang memilih untuk membeli secara online. Bukan apa, dengan hanya browse website Shopee atau app Shopee, anda dapat lakukan jual beli dengan hanya klik dan lepak santai di rumah sahaja. Ada cara mudah, pasti kita akan pilih cara mudah kan?

Tak perlu lagi untuk keluar rumah, start enjin kereta, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk survey dan compare harga. Sebabnya dalam laman web shopping online macam Shopee segalanya dah tersedia. Boleh terus survey dan buat perbandiungan harga.

Mudah kan dunia sekarang ni? Itu merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada Shopee.

Kalau nak cerita mengenai kelebihan Shopee ni, memang banyak. Tapi dalam banyak-banyak kelebihan Shopee, ada satu yang memang akan buat semua orang rasa macam.. ..

“WOW! Serius la?”

Kelebihan ni memang berjaya buatkan Shopee menjadi platform online shopping yang utama. Ia juga merupakan platform online shopping yang paling popular di Malaysia. Tapi, sebelum kelebihan yang satu ini diceritakan, apa kata kalau anda lihat kelebihan lain juga yang ada pada Shopee.

Tawar Harga Murah

Shopee menawarkan berbagai produk pada harga yang sangat murah dan berpatutan. Hampir apa sahaja produk yang anda inginkan dapat ditemui di sini. Ia juga sangat mudah buat pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi kerana ia mempunyai sistem yang sangat mesra pengguna dan selamat untuk kedua-dua belah pihak.

Bebas Dari Penipuam

Kelebihan yang paling menarik adalah sistemnya langsung “tidak mesra scammer”. Jadi, dengan kata lain ia bebas daripada sebarang isu penipuan.

Sistem macam mana tu?

Di Shopee, ia sangat berbeza dengan platform lain di mana jika anda melakukan pembayaran, Shopee akan hold dulu duit tersebut di dalam sistem. Duit hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja anda mengesahkan penerimaan barang anda.

Selaku penjual juga, anda hanya akan menerima tempahan dan perlu melakukan penghantaran hanya selepas anda menerima bayaran daripada pelanggan.

Kebiasaannya modus operandi scammer adalah, anda perlu membayar sejumlah wang untuk lock barang terlebih dahulu dan barang yang ditawarkan adalah pada harga yang sangat rendah. Akhirnya barang pun tak dapat dan wang anda pun lesap. Di sebabkan itulah Shopee telah menghasilkan sistem ini.

Untuk mengelakkan scammer dari menganiaya pembeli. Malah ia juga melindungi penjual. :)

Dengan sistem ini jugalah telah menyebabkan ramai yang merasakan jual beli di Shopee adalah lebih selamat berbanding dengan platform lain. Ia juga merupakan di antara sebab utama yang mampu membuat ramai penjual dapat menjana jualan sehingga RM1000 sehari!!

Kalau anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai cara untuk berbisnes di Shopee, panduan di bawah ini adalah yang terbaik dan sangat mesra pengguna.

 
Jika anda tidak pernah mempunyai pengalaman melakukan bisnes online atau berjual beli di Shopee sekalipun, anda akan dibantu oleh mentor-mentor dan rakan-rakan peniaga lain (senior) yang pakar menerusi group support khas yang telah disediakan.

Group ini hanya khas buat mereka yang telah mendapatkan ilmu berniaga di Shopee menerusi panduan (ebook) yang telah disediakan. Hanya mereka yang mendapatkan Rahsia Bisnes Shopee ini sahaja akan dapat akses atau dijemput khas.

So, jangan tunggu lama-lama kalau anda nak cepat-cepat berjaya. Gunakan peluang ini dan gunakan panduan tersebut untuk anda mula jana keuntungan besar menerusi platform Shopee.

4 Cara Untuk Promosi Bisnes

Tak tahu cara nak mempromosikan bisnes atau perniagaan anda? Buat anda yang ingin mula mempromosikan perniagaan, mulakan segera dan jangan bertangguh. Apabila anda sentiasa bertangguh, anda bakal kehilangan pelanggan berpotensi. Anda harus ingat, bukan anda seorang sahaja yang berniaga.

Andai anda sudah lakukan perancangan promosi untuk bisnes atau perniagaan anda, terus laksanakan. Kami takut, segala perancangan akan sekadar menjadi angan-angan atau impian yang terkubur.

4 Cara Untuk Mempromosikan Bisnes atau Perniagaan

4 Cara Untuk Mempromosikan Bisnes
Pun begitu, sebaik-baik melaksanakan sesuatu, mesti ada ilmu pengetahuan agar tidak 'sesat jalan' atau kerugian. Biar promosi dan pemasaran dibuat membuahkan hasil yang sepatutnya. Berikut kami kongsikan untuk anda antara 4 langkah terbaik untuk mepromosikan perniagaan.

Anda boleh cuba teknik-teknik ini untuk promosikan bisnes atau kedai Shopee anda.

Promosikan Perniagaan Secara Langsung

Promosi bisnes secara langsung
Cara lama tapi memang terbukti sangat berkesan. Cara promosikan perniagaan secara langsung iaitu dari mulut ke mulut ini adalah senjata perniagaan sejak dari zaman wujudnya tukar-beli (trade). Ia merupakan cara pengiklanan tradisional yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Malah, kalau diikutkan, teknik mempromosikan bisnes secara langsung ini adalah cara yang paling mudah memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan serta saudara mara.

Teknik tambahan secara langsung ialah dengan pemberian kad niaga atau brosur kepada bakal pelanggan. Selain itu, promosi secara langsung juga boleh dilakukan melalui perjumpaan, jemputan ceramah atau seminar perniagaan.

[Dah Baca?] Mengapa Perlu Buat Bisnes di Shopee?

Mungkin agak ortodoks pada pemikiran pakar pemasaran terkini, namun tidak dinafikan cara ini masih berikan impak positif di sesetengah kawasan - bandar kecil, pekan dan kampung.

Promosi Perniagaan Secara Tidak Langsung

Teknik promosi secara tidak langsung
Antara promosi perniagaan secara tidak langsung ialah dengan menggunakan kertas seperti brosur, kad perniagaan atau banner. Ia merupakan cara untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang perniagaan anda dengan memberikan kepada pelanggan.

Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan untuk membina penjenamaan dan mengembangkan sesuatu perniagaan.

Anda boleh letakkan brosur tersebut di tempat tumpuan orang ramai atau rentangkan banner anda di lokasi-lokasi strategik/ Cara ini sangat sesuai di tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti kawasan perumahan, flet atau bandar besar.

Promosi Perniagaan Melalui Media Sosial

Cara nak mempromosikan bisnes
Ini merupakan cara terkini dalam teknik promosi bisnes dan mempunyai sebaran tanpa batasan. Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara mudah untuk mempromosikan perniagaan.

Malah, ia merupakan kaedah pengiklanan yang tidak sukar dilaksanakan, selain ianya juga percuma. Dengan menggunakan cara promosi bisnes menggunakan media sosial, kos juga boleh dikurangkan dengan banyak.

Cara paling mudah ialah dengan meletakkan gambar produk disertakan dengan kelebihan penggunaan produk tersebut di laman sosial. Tujuan adalah untuk meyakinan rakan laman sosial yang lain.

[Dah Baca?] 10 Sebab Mengapa Iklan di Blog Lebih Baik Berbanding di Facebook

Kaedah promosi melalui media sosial mempunyai banyak kelebihan. Ia bukan sekadar membolehkan anda perkenalkan bisnes dan produk tetapu juga membina kenalan baru atau jaringan perniagaan. Ia juga satu tempat untuk kembangkan peluang bisnes sesama kenalan dan berkerjasama dalam perniagaan.

Promosi Perniagaan Berbayar

Mempromosikan perniagaan melalui pengiklanan berbayar juga adalah satu teknik mempromosikan bisnes dan perniagaan. Ada kesan buruk dan baiknya. Jika ianya berstrategi betul dan tepat, in Sha Allah ia akan memberikan pulangan yang sangat baik.

Ada banyak cara mempromosikan perniagaan secara berbayar ini seperti Facebook Ads, Instagram Boost, Adwords dan banyak lagi. Pengiklanan menerusi banner iklan digital diletakkan di laman web dan blog tertentu juga adalah salah satu cara promosi berbayar.

Bila berbayar sudah tentunya perlukan modal. Namun, pengiklanan secara digital adalah jauh lebih murah dan capaian kepada bakal pelanggan lebih targeted berbanding yang lain.

4 Tips Asas Elak Ditipu Memborong di China

Salah satu cara untuk buat untung besar menjual produk di Shopee ialah dengan mendapatkan produk harga murah dan berkualiti dari China. Ramai usahawan dari industri kecil dan sederhana sering ke China untuk mendapatkan bekalan dan stok harga murah.

Mereka borong dengan harga murah di China dan jual di Malaysia, samada secara offline di pasar-pasar malam, di ekspo atau booth di pasaraya besar; atau jual secara online yang lebih jimat kos dan beri untung lebih besar.

4 Tips Untuk Elak Kena Tipu Semasa Borong Barang di China

Tips Untuk Elak Kena Tipu Semasa Borong Barang di China
Pun begitu, walaupun mudah dan senang nak cari produk best dari China, ada juga yang tiada ilmu sering terperangkap dan kena tipu ketika memborong barang di China.

Bila dah kena tipu, untung besar yang diharapkan .. terus jadi hanya angan-angan sahaja.
Untuk itu, kami nak kongsikan 4 tips untuk elak anda ditipu ketika memborong barang di China.

Antaranya adalah :

1. Kenal Pemborong Secara Personal

4 tips untuk elak anda ditipu ketika memborong barang di China
Adalah lebih selamat sekiranya anda berjumpa sendiri dan kenal pemborong secara lebih dekat. Sentiasalah berbuat baik dan berbual dengan mereka kerana kebanyakan pemborong China gemar sekiranya pembeli bersikap baik dan murah hati. 

Kemudian, jangan lupa untuk dapatkan kad bisnes, nombor telefon dan ID WeChat mereka. Ini sangat penting kalau anda betul nak buat untung besar berniaga produk dari China. Malah, ia akan berikan anda 1000 kelebihan berbanding orang lain.

Kenapa?

Buat pengetahuan anda, WeChat ini bukanlah sekadar aplikasi untuk mesej dan berseronok semata-mata. Di China, aplikasi ini lebih penting daripada Facebook serta Whatsapp.

Menerusi WeChat lah anda boleh menyemak status pemilik kedai, kualiti produk, review pengguna serta pelbagai lagi maklumat penting yang boleh menyelamatkan anda daripada ditipu.

2. Simpan Semua Resit

Resit merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan anda pernah berurusan dengan pemborong tersebut. Anda boleh gunakan resit tersebut sebagai bahan bukti untuk membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang kes penipuan.

Anda juga perlu pastikan yang resit yang diberikan oleh pemborong mempunyai nama kedai atau kilang yang sama dengan tempat anda berjual beli. Selain nama kedai, resit yang sah juga sepatutnya mempunyai maklumat mengenai penjual, alamat, nombor telefon dan ID WeChat mereka.

3. Perlu Bayar 30% Deposit

Apabila deposit telah dibayar, pemborong akan kerap menelefon dan berbalas mesej dengan anda. Ini membuktikan mereka sedang memproses tempahan anda, serta mahukan pembayaran yang selebihnya. Anda perlu bayar sedikit deposit, sekurang-kurangnya 30% agar pemborong membuat kerja dengan lebih pantas.

Tapi, cuba untuk elakkan dari bayar sepenuhnya selagi barang belum 100% sampai kepada anda.

Terdapat kes di mana pembeli telah membayar secara penuh kepada pemborong di China, dan kehilangan resit, akibatnya tempahannya tidak dilayan. Barang tak dapat, duit pun habis. Nak buat report pun tak ada bukti .. ... naya diri sendiri.

4. Wang Palsu

Tips Elak Ditipu Memborong di China
Penipuan wang palsu ini merupakan isu yang serius. Hampir semua pemborong di China mempunyai mesin untuk mengesan wang palsu. Meskipun begitu, anda perlu berikan perhatian penuh semasa proses pertukaran wang. Perhatikan juga kelakuan pemborong sewaktu proses ini. Jangan lupa kira semula baki dan periksa sendiri wang tersebut untuk elakkan daripada mendapat wang palsu.

4 perkara ini antara yang penting dan perlu anda ambil perhatian kalau pergi ke China untuk mendapatkan produk untuk dijual.

Kalau rasa nak lagi jimat, dan paling best tidak perlu lagi untuk ke China bagi memborong barang untuk dijual, boleh buat cara online. Ada dua laman web China yang boleh membantu anda untuk beli dan dapatkan produk untuk dijual dari China, iaitu Taobao dan 1688.


Dua laman web ini ada pelbagai jenis produk yang boleh anda beli dari China, dan kemudiannya anda jual di Malaysia, atau secara online di Shopee, Lazada atau 11Street.

[Boleh Baca] Video Cara Beli Barang Online dari China Menerusi TaoBao

Selamat mencuba dan moga tips di atas membantu.

5 Sebab Untuk Anda Mula Jual Beli di Shopee

Berniaga atau jual beli di Shopee. Shopee merupakan di antara platform online shopping yang terbaik dan menerima kunjungan daripada ramai pengguna setiap hari. Transaksi yang berlaku setiap hari juga sangat tinggi. Popularitinya semakin meningkat saban hari.

Cuba tanya kawan-kawan atau ahli keluarga anda mengenai Shopee, paling kurang pun mesti pernah dengar mengenai Shopee.

Mana taknya ... ingat lagi jualan 11.11 pada tahun 2018?

Shopee Jadi Pilihan Untuk Peniaga Jual Produk Secara Online

Kenapa pilih Shopee untuk jual barang

Sana sini iklan Shopee ni muncul. Malah, anak-anak kecil juga terpengaruh secara tidak sengaja. Begitu hebat teknik marketing Shopee ini sehingga ada anak-anak yang dah pandai browse produk di aplikasi Shopee dalam smartphone.

Iklan promosi di media sosial juga terlalu banyak, ditambah pula dengan penajaan berskala besar oleh Shopee seperti penajaan Liga Malaysia. Ini sekaligus menjadikan lebih ramai orang mula mengenali Shopee sebagai platform online shopping yang utama di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ianya turut mempopularkan Hannah Hashim, model cantik dalam iklan Shopee Malaysia.

5 Sebab Untuk Berniaga & Jual Beli di Shopee

Zaman sekarang ni terlalu ramai yang memilih untuk membeli-belah secara online. Sebab tu kalau anda perhatikan di media sosial, anda jual apapun, in Sha Allah mesti akan ada orang yang berminat.

Tapi, Shopee ni lain sikit. Ia tak sama dengan platform online shopping yang lain. Anda nak tahu sebab kenapa ia satu tempat atau platform jual beli yang best sehingga membuatkan ramai memilih Shopee untuk berjual-beli?

1. Harga Sangat Murah dan Berpatutan

Ini adalah faktor paling penting dan utama mengapa Shopee menjadi pilihan pertama ramai orang untuk berjual-beli. Kalau anda cari barang yang sama di platform lain, anda akan lihat perbezaan harga yang sangat tinggi sehingga anda akan secara automatik terus beli di Shopee tanpa berfikir panjang.

Disebabkan ini, transaksi jual-beli di Shopee melonjak sangat ketara sebaik ia diperkenalkan. Malah, ia telah menarik minat orang lain, terutama di kalangan usahawan untuk berniaga dan menjual produk mereka menerusi Shopee.

Harga memang sangat murah dan berpatutan.

2. Ramai Penjual di Shopee Tawarkan Penghantaran Percuma

Biasanya kos untuk penghantaran atau shipping barang ini yang membuatkan ramai pengguna tak jadi untuk meneruskan pembelian. Tapi, tidak di Shopee. Ini adalah kerana terdapat ramai penjual yang menawarkan kos penghantaran percuma atau free shipping.

Kalau pun ada dikenakan caj untuk penghantaran, masih ramai yang suka membeli di Shopee disebabkan kos penghantaran adalah sangat-sangat murah!

3. Risiko Kena Tipu 'Scammer' Adalah Zero Percent

Jika di platform lain, anda pastinya pernah dengar mengenai kes di mana untuk membeli satu-satu barang dan COD (cash on delivery) anda perlu untuk bayar terlebih dahulu untuk lock barang, caj untuk COD dan sebagainya. Biasanya harga yang ditawarkan adalah sangat murah untuk memancing minat pembeli. Apa lagi, anda pun terus bank-in dan akhirnya barang entah kemana dan duit anda pun lesap.

Di Shopee, ada satu sistem yang akan memastikan anda selamat daripada scammer. Tengok point nombor 4.

4. Duit Selamat Menerusi Sistem Shopee

Penjual tidak akan menerima bayaran sehingga anda menerima barang yang anda pesan. Ini memang ciri utama dalam sistem pembayaran Shopee yang menarik minat orang untuk beli-belah di Shopee. Ia menjadikan duit yang kita bayar selamat.

Sistem Shopee sangat berbeza dengan platform lain di mana jika anda melakukan pembayaran, Shopee akan hold dulu duit tersebut di dalam sistem. Duit hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja anda mengesahkan penerimaan barang anda.

Jika tiada penerimaan barang, anda boleh dapatkan balik duit anda. Dan bagi penjual, mereka tak boleh nak senang-senang menipu anda. Anda boleh sahaja reject barang kalau sampai, dan pulangkan kembali. :)

5. Proses Refund and Return

Jika di platform lain, sangat sukar untuk anda dapatkan semula refund jika barang yang diterima tidak berada di dalam kondisi seperti yang sepatutnya. Tetapi tidak di Shopee!

Jika anda memenuhi terma dan syarat, proses ini akan dilakukan dengan sangat mudah dan pantas.

Begitu juga untuk penjual. Biasanya pembeli akan claim barang rosak dan sebagainya tetapi apabila anda meminta mereka untuk memulangkan barang, mereka tak nak buat. Selaku penjual, anda pastinya bimbang jika pembeli menipu anda dan sebagainya.

Jadi, proses “refund and return” merupakan satu situasi yang win-win buat pembeli dan juga penjual.

Banyak lagi sebab utama yang membuatkan ramai orang berjual beli di Shopee. Jika anda berjaya untuk kenalpasti dan menggunakan sebab-sebab tersebut sebaiknya, anda bukan sahaja mampu untuk menjual apa sahaja di Shoppe.

Anda juga mempunyai potensi untuk menjana sehingga RM1000 sehari dengan menjual di Shopee!!

Syaratnya mudah sahaja. Anda perlukan ilmu dan mentor yang betul. Nak dapatkan personal coaching mungkin anda perlu laburkan sehingga ribuan ringgit. Tapi, ada satu lagi cara untuk anda dapatkan ilmu dan mentor yang tepat pada kadar yang sangat-sangat berpatutan iaitu menerusi Rahsia Shopee.

Dalam panduan tersebut, anda akan dimasukkan ke dalam group support yang akan membimbing anda sepanjang “journey” anda selaku seorang seller di Shopee. Anda juga akan diberikan akses kepada video tutorial untuk memudahkan lagi proses pembelajaran anda. So, better dapatkan akses kepada panduan ini sekarang juga!

Shopee - Platform Terbaik untuk Shopping Online

Shopee - platform terbaik untuk shopping online. Kalau anda perhatikan, sekarang ini trend “online shopping” semakin mendapat tempat dan menjadi semakin popular terutamanya buat generasi muda. Ye la. Siapa yang tak nak bila anda hanya perlu “browse” website dan pilih apa yang anda ingin beli serta setelkan pembayaran hanya dengan duduk santai di rumah sahaja.

Tapi, anda pernah dengar tak ada juga platform yang bukan sahaja memudahkan urusan pembelian, malah proses untuk menjual juga sangat-sangat mudah?

Shopee, Platform Terbaik Bukan Sekadar Untuk Shopping Tetapi Buat Duit

Shopee, Platform Terbaik Bukan Sekadar Untuk Shopping Tetapi Buat Duit
Yes, memang tiada yang lain kecuali Shopee!

Shopee ni apa sebenarnya?

Buat anda yang belum pernah dengar atau pernah dengar tetapi masih tak berapa jelas mengenai shopee, boleh baca sampai habis.

Apa Itu Shopee?

Ok. Jom faham secara ringkas mengenai Shopee ni.

Shopee adalah sebuah “marketplace” yang direka khas untuk pembeli dan penjual yang ingin menikmati transaksi yang pantas, lancar dan selamat. Dengan kata lain, ia seperti sebuah supermarket yang menyediakan platform PERCUMA secara online untuk kedua belah pihak - samada pembeli mahupun penjual.

Ia bukan hanya ada laman web untuk pengguna bershopping online secara mudah, pantas dan dengan harga yang seronok untuk membeli-belah, tetapi ada juga aplikasi sendiri yang boleh dimuat-turun dari Google Play Store dan App Store.

Memang menarik.

Dengan adanya pula app Shopee ini, anda boleh tukarkan apa sahaja menjadi duit. Mungkin ada sesetengah barang yang anda anggap langsung tidak bernilai buat anda tapi diluar sana terdapat begitu ramai orang yang sedang mencarinya dan sanggup untuk membayar anda bagi mendapatkan barang tersebut.

In Sha Allah, dengan Shopee, semuanya boleh.

Transaksi di Shopee Sangat Selamat

Ramai yang kata transaksi di Shopee ni sangat selamat, betul ke?

Saya merupakan pembeli dan juga penjual di Shopee. Saya berani kata, in Sha Allah, semua transaksi di Shopee adalah sangat selamat, dan rasanya paling selamat jika dibandingkan dengan lain-lain laman web shopping online yang ada.

Ok. Macam ni.

Jika anda seorang pembeli dan anda lakukan pembelian, pembayaran yang anda lakukan akan disimpan dahulu oleh pihak Shopee sehinggalah anda menerima produk anda, cukup selamat tak?

Ini bermakna, selagi produk tidak sampai ke tangan anda, penjual yang menjual produk tersebut tidak akan mendapat bayaran yang telah anda buat, sehinggalah anda sahkan penerimaan produk semasa penghantaran.

Manakala, kalau anda seorang penjual pula, anda hanya akan menerima tempahan sebaik sahaja pelanggan anda bayar, selamat kan? Ia sangat-sangat selamat dan risikonya sangat rendah berbanding dengan platform lain.

Itu sebab Shopee cepat menjadi laman web dan app shopping online popular di kalangan online shoppers terutama sekali di rantau Asia Tenggara ini.

Barang Murah di Shopee

Barang-barang yang terdapat di Shopee dijual pada harga yang sangat murah sekaligus meningkatkan lagi popularitinya. Shopee juga sangat mementingkan kualiti produk yang dijual di platformnya. Jadi, tak kisah samada anda adalah pembeli atau penjual, anda boleh berasa yakin dengan Shopee.

Mungkin ada yang nampak, banyak produk dijual di Shopee adalah barangan import daripada China .... di mana kualiti produk boleh dipertikaikan. Namun, pada pendapat saya .. ia berbaloi dengan harga yang anda bayar.

Malah, jangan terkejut, andai ada produk mahal seperti jam tangan jenama terkenal dijual dengan separuh harga di Shopee. Dan jangan tambah terkejut, jika ianya merupakan brand original dan bukan jenis ciplak gred AA yang kebanyakkannya sangkakan.

Tak percaya? Cubalah cari di Shopee. Mesti anda akan jumpa ... :)

Beri Pendapatan 4-5 Angka Kerana TRUST

Disebabkan oleh kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Shopee ini jugalah ramai yang telah berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka dan juga lebih setiap bulan. “Trust” oleh pembeli terhadap Shopee merupakan di antara salah satu faktor penting yang memudahkan ramai penjual yang mempunyai teknik dan strategi yang tepat dapat mengaut keuntungan menerusi platform ini.

Apa yang lebih menarik adalah teknik dan strategi luarbiasa ini sangat mudah untuk dipelajari dan anda boleh mendapatkan akses pada harga yang sangat-sangat berbaloi.

Paling menarik, segalanya disediakan terus oleh pihak Shopee. Anda cuma perlu tahu cara nak gunakan sebaik mungkin.

Betul. Shopee ada segala tools yang boleh bantu peniaga online untuk raih pendapatan 4-5 angka. Gunakan sahaja.

Bayangkan jika anda dapat buat sales sehingga RM 1000 setiap hari, apa perasaan anda?

Semuanya tidak lagi mustahil untuk anda menerusi Rahsia Shopee. Even newbie pun dah berjaya hasilkan pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda pun confirm-confirm boleh buat juga!

Bisnes Shopee

Ok.

Sekian sahaja sharing untuk kali ini. Shopee… Platform terbaik untuk online shopping!